21 August 2008

ALAM



PENGENALAN

Adik-adik!

Pernahkah adik terfikir?

"Bagaimana alam ini terbentuk?"

"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"

"Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?"

"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"

"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"

"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?"

"Siapakah manusia pertama?"

Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?"
Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.

Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.

Kami menyoal kamu, "Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?" Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.

Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar "penyokong evolusi" dan kisah yang mereka ceritakan dinamakan "evolusi".

Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan dengan memberitahu kamu perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang mempercayai evolusi menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari ada sesiapa yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh memberitahu mereka teori evolusi tidak benar, dan Allah adalah Pencipta segala benda

No comments: